Macam kelakar pulak aku nak cakap dan tulis pasal ni. Rasa macam kesian dan simpati pada diri sendiri pun ada. Tapi kalau aku beritahu orang pun, apa je yang diorang boleh tolong. Paling-paling pun diorang akan kata,
“Sabarlah, adalah tu nanti.”
“Ala, tak payah fikir sangat pasal ni, bina je kerjaya apa semua dulu. Nanti adalah tu.”
“Ala, takpe muda lagi.” (Ini jawapan aku paling takleh terima. Aku dah tua lah woi. Haha. Kalau lelaki lainlah. Haha
“Ala takpe, timeline masa orang kan berbeza-beza. Aku yakin akan ada someone untuk kau, Amal.”
Aku rasa korang pun dah tahu pasal apa kan. Haha. Korang jangan baca ni dengan nada sedih. Aku taknak orang simpati pada aku. Entahlah aku taktahu aku nak apa. Sila baca dengan nada ketawa-ketawa. Tapi jangan ketawa sangat, nanti aku rasa korang tak serius pulak bila aku cakap pasal hal ni.
Kadang bila aku tengok orang lain dah bahagia apa semua, tipulah kata kalau aku tak cemburu. Ye lah, garis masa diorang yang macam smooth dan dipermudahkan apa semua. Lagi-lagi yang perempuan lah kan. Bila dah sampai umur sekian-kian, masa tu, ecewah dia pun dipinang orang.
Masa nilah aku rasa rindu zaman muda aku. Kenapalah dulu aku tak terima je siapa-siapa yang nak meminang aku (haha, hey ada je yang nak kenal aku ok, tapi entah, masa tu hati belum terbuka, ha pastu padan muka kau Amalina sampai sekarang hati dah tertutup, aiyokk)
Tapi bila usia dah meningkat ni, aku rasa macam, eh seriuslah memang takde siapa nak suka kat aku. Waktu nilah aku rasa macam self-doubt dan self-blame ya amat dengan merasakan aku ni seorang yang sangat difficult. Aku rasa kalau aku ada financial freedom, ada kerja dan gaji yang ok, ada aset, ada perancangan masa depan yang baik, mungkin aku tak rasa sendu macam ni. Mungkin aku akan enjoy je masa single aku. Yelah, nak dikatakan, aku ada je member-member perempuan yang baya aku, masih single gak. Tapi diorang ok je (maybe la) sebab aku rasa diorang pun ada kerja dan komitmen orang dewasa yang sepatutnya. Member sekeliling pun yang usia sebaya dan phase sama macam diorang. Mungkin sebab tulah kurang sendu.
Kalau aku, aku rasa sendu betul sebab member yang aku rapat sekarang ni, muda-muda pastu diorang kita dalam timeline kehidupan diorang lah, nak cari calon apa semua kan, so diorang boleh je lepak-lepak lagi. Book orang sana, book orang sini.
Ada sampai satu masa, aku rasa macam taknak kawan semua orang yang suka show-off dia dah bahagia ni. Haha. Scary kan aku. Orang nak bahagia pun aku tak nak kawan. Bukan nak happy untuk dorang. Haha takdelah. Bukan aku tak happy, cuma aku tak dapat relate dengan kebahagiaan tu. Dia macam aku cuba je untuk empati dan merasakan kebahagiaan tu, tapi tak boleh, malah aku rasa makin sendu lagi adalah. Tapi aku cubalah, wish lah congrats ke apa macam biasa. Tapi sebab dia dah bahagia dan diorang pun bukanlah member rapat aku sangat, so aku rasa macam, hmm, my happiness tak significant pun. Tak menambahkan kegembiraan dia pun kalau aku wish ke tak. They ara already happy. I’m just a sad potato trying to fit in the norm, by wishing congrats. Haha. See, how my overthinking capacity goes beyond that.
Tapi aku rasa mungkin aku akan kurang sendu bila aku dah habis study nanti ni, aku dapat kerja yang ok, aku boleh kembali dengan komitmen financial aku, aku boleh get back on track balik masa depan aku macam mana, aku jumpa member yang sebaya yang mempunyai nasib single sama macam aku. Aku rasa mungkin benda tu akan sedikit sebanyak beri aku support system. Cuma sekarang, circle member aku semua yang dah ada someone (kot lah) which just put the peer pressure on me more. Haha.
Ada member aku cakap, suruhlah mak ayah cari ke apa. No, it’s not easy. Kadang aku rasa, matlamat aku bukanlah nak berumah tangga semata-mata. Aku lebih kepada nak mencari support system yang sama-sama boleh mengharungi hidup ini dan berfikir sama pasal komitmen aku haha. Aku taknak menjebakkan orang dengan komitmen aku bila dah kahwin nanti. Gitu.
Tapi aku rasa sekurang-kurangnya aku beruntung ada abang yang masih single dan nak tolong aku untuk financial planning aku. Sikit-sikit dia bagi tips macam mana nak langsaikan komitmen tu, even aku tau entah bila lah semua ni akan berakhir. Tapi aku cuba juga jadi kuat untuk diri sendiri.
Tipulah kalau kata sepanjang aku hidup ni au takde heartbroken. Tapi aku rasa sebab aku dah pernah melalui heartbroken yang besar, waktu tu bertahun-tahun aku perlukan untuk bangkit balik. Jadi, heartbroken yang lain tu aku rasa macam makan kacang sikit lah. Ambil juga lah masa beberapa hari, tapi lepas rasionalisasi dan reframe thoughts aku sikit, aku rasa aku boleh hadapi semua tu, insha allah.
Dengan menulis ni pun aku rasa satu benda yang membantu aku untuk reframe balik pemikiran aku. Walaupun mungkin lah solusinya aku takde pun sekarang. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat express apa yang aku rasa. Akan datang, bila aku baca balik, aku tahulah aku pernah hadapi saat yang macam ini.
Kadang-kadang kan, aku rasa perlu juga untuk orang tahu apa yang kita rasa. Contoh ada beberapa perkara yang macam perlu tulis di sosial media. Tapi bila aku fikir balik, tak semua orang nak pun tahu pasal kita. Mungkin bila usia dah meningkat macam ni, apa yang paling penting adalah diri aku sendiri. Sharing is one thing, yeah. Perlu untuk rasa sense of connectedness tu, tapi tak semua orang kita boleh connect. Sebab tu jugalah, I am very particularto whom I share my story or updates with. My whatsapp status viewer for example are limited to those that I only believe yang tak judgemental and only them I allow to view my updates. Tapi ye lah, kita tak boleh la expect orang yang kita view the updates to untuk reply. Somtimes, they just wanted to know what we are doing, without really bother to ask, how am I doing. But it is okay. I learnt to not putting so much expectation and that is more important so that you won’t feel disappointed when things did not happen as what you wanted. So, kita chill aja.
Ok, so this is much of the things that is in my mind right now. I am glad that I am able to express it here. By the way, the urge to write is not something that I plan to. It just come naturally when I am playing with mobile games and I feel likes there are so many words in my mind that I need to let it out. And, there you go, a blog post that I don’t even plan earlier on what to write but here I am, trying to find my last words with my random rants for today.
See ya, bye!