Wednesday, December 5, 2018

Pemimpin

Menjadi pemimpin, bukan hanya perlu pandai mengarah, mengatur itu ini mengikut fikiran sendiri, dan bersikap autonomi.

Menjadi pembimbing itu lebih utama. Meninggalkan legasi pimpinan yang berbekas di jiwa. 

Akhirnya, dalam kepimpinan kita nak ke mana? 

Kita nak lahirkan lebih banyak pemimpin. 

Takkanlah nak naik sorang dapat nama, kan?

Thursday, September 20, 2018

U-turn

Waktu kereta nak ke susur keluar dari hospital ke jalan besar, ada sebuah kereta buat u turn kat tengah jalan dari arah yang sama. Aku slowkan je kereta sebab jalan situ tak busy mana pun. Ada lah tu tertinggal ke apa ke.

Bila dah u turn, kereta tu bagi signal berhenti di baju jalan. Waktu tu kereta aku dah potong sebelah. Sempat aku jenguk kat cermin sisi, dah kenapa pula dia berhenti.

Rupanya kat bahu jalan tu ada dua orang jalan kaki panas terik. Seorang lelaki muda mungkin anaknya, pimpin emaknya yang macam terdengkot dengkot. Kereta tadi berhenti betul-betul sebelah dua pejalan kaki ni tadi. Lelaki tu bercakap-cakap pada pemandu kereta melalui tingkap.

Selepas beberapa ketika, lelaki tadi pimpin maknya masuk dalam kereta. 

Momen beberapa saat tu buat mata aku macam masuk habuk. Kereta aku waktu tu terus meluncur ke jalan besar. :')

#humanityrestored

Saturday, September 15, 2018

Program

 "Bila akak nak buat program macam ni lagi?"

"Kita boleh je buat tapi sebenarnya kita nak menggalakkan idea tu datang daripada korang sendiri. Korang nak buat apa. Kita boleh jadi orang tengah sebab ada rakan kongsi strategik."

Sebabnya nak korang rasa punya sense of belongingness dengan program yang nak dibuat. Buat program bukan atas dasar assignment saja. Jiwa aktivisme tu yang cuba dicarigali. Sebab tu aku tak suka terikat dengan persatuan yang sangat birokrasi yang menyukarkan urusan itu ini. Aku suka kerja yang random dan fleksible.

Moga dipermudahkan urusan. Bila aku rasa aku dah tua untuk semua ini, aku fikir balik. Aku buat ni semua untuk apa? Kerja2 macam ni ada limitasi masa ke?

Monday, August 13, 2018

Tudung

 "Bang, ni bidang berapa ni?" aku tanya sambil belek2 tudung chiffon macam2 kaler tu. Material kain ni dah sedap ni. Jenis senang bentuk. 

"Bidang biasa2 je ni," jawab bro tu.

"Bidang luar biasa takde dah ke?" aku tanya balik sebab macam pelik selalunya ada variasi bidang lain.

"Hmm. Takdelah. Kita tak ambil dah. Selalunya kalau bidang lain 3, 4 bulan kita letak tak jalan. Nak pusing modal pun tak boleh. Bila hantar balik ambil bidang ni baru jalan," terang bro tu panjang lebar.

"Oo ye ke. Ok takpelah camtu," aku berlalu pergi dan meneruskan pencarian tudung di pasar malam. Niat di hati nak cari tona warna yang lain namun mempunyai tekstur yang senang bentuk. Hahah

Ps: ingat senang ke oi nak cari tudung ni hahah

Friday, July 27, 2018

Conversation

“What do you think you want to achieve now?” Soalan random yang masih berbaki dilontar lepas makan kat Secret Recipe. Waktu tu SR buat promo tak silap. Kebetulan aku free waktu tu dan semua orang cuti. Lari kejap dari kerja. Sajalah aku offer makan sekali dengan kawan aku yang sorang tu. Aku pun dah lama bosan cuti tak bersembang cuti-cuti ni. 

Waktu tu aku pusing stereng ke kanan selepas dah pastikan memang takde kereta di hadapan.

“I think, I am more like fulfilling my needs first. Well, you know like the Maslow’s hierarchy of human needs. Yada2. I think I am in the phase of the fulfilling my emotion, basic needs, psychological etc,” teman bual yang duduk sebelah kerusi driver lontarkan pandangan.

Kereta dan masuk ke kawasan pintu pagar UPSI. Lepas jalam terus, terus aku pusing stereng ke kiri belok sebab tu jalan sehala. 

“Well, I also think that I am still in the phase of adolescent based on Psychosocial phase. The adolescent part. Role identity and confusion. I am still thinking about my identity and I don’t know whether I am confused either. But yeah, as for me, I am still wondering about myself.” Panjang lebar kawan yang sebelah ni menerangkan apa matlamat yang dia fikir sekarang untuk diri dia. Aku sekadar mengangguk. Memberi ruang untuk sambung bicara.

“Well, how about yours?” Kali ni dia pulak memberi soalan yang sama. Waktu tu jarak perjalanan masih berbaki dalam 2 3 minit sebelum sampai ke tempat yang dituju.

“Me? Well, as for me, I think I am in the phase of…,” waktu tu aku berhenti kejap. Cuba menyusun ayat yang dirangka dalam kepala. Idea tu dah ada. Cuma nak luahkan dalam bentuk perkataan tu rasa payah sangat.

"I think I am in the phase of hmm thinking about contributing something to the younger generation like making them to be empowered by knowledge etc. Maybe about to build a better nation kot. Entah. Sometimes I feel that I am too ambitious about this." Aku menarik nafas kejap. Cuba nak susun ayat yang selepasnya.

Kawan yang kat sebelah angguk-angguk. "I think if want to refer the Erik Erikson theory, maybe you are in the phase of adult already like very high from mine. The Generativity and Stagnation. Eh wait, that is even higher already from after adolescent," kawan yang kat sebelah tu memberi pendapat.

Waktu tu aku tak tahu nak tergelak ke nak bangga tapi betul jugak apa yang kawan aku cakap. Aku dah macam tak fikir sangat pasal stage Erikson's Young Adult tu. Intimacy and Isolation. Mungkin jugak sebenarnya sebab usia aku yang dah jauh lebih dewasa kot sebab tu aku fikir macam tu.

" Hmm. Maybe la. At certain part. Maybe last time sometimes the  thought of marriage and having someone as partner has come to my mind. But I am also surprised that currently I am not thinking about relationship or whatsoever. It is not that I don't want to get married or whatnot but it just that my focus now is more on other thing and if that (marriage issue) appear, then maybe I know the time has come (for me to get married). For the time being, I am focusing more on my career future etc." Panjang pulak bebelan aku.

"Hmm yeah maybe you have achieve the higher stage young adult but for me I am still thinking about fulfilling my basic needs." Mungkin sebab usia aku jugak kot. Nak rujuk 100% teori Erikson tu mungkin ada yang betul ade yang tak. Ye lah, fasa dan timeline orang kan berbeza. Susah jugak kalau semua nak pukul rata.

Kereta waktu tu dah nak berhenti kat simpang.

"Eh, I drop you here lah eh." Aku berhentikan kereta kat simpang sebelum pintu keluar. Nasib la tak banyak kereta. Memang ikut suka hati je lah nak berhenti kat tepi ni. Heh.

"Ya, sure sure. Here should be fine." Kawan aku yang mengajak teman makan kat Secret Recipe dah keluar menapak dari kereta nak ke bus stop. Nak tunggu bas ke Bahtera dan kejap lagi nak kemas-kemas balik ke rumah dia.

___

That insightful thoughts really enlighten my day. Still, I am blessed to meet a few friends that can talk about deep stuff like this. At least at their age. 

Thursday, June 7, 2018

Janji

 


Jam 9 pagi lagi dah terpacak kat pekan Tanjung Malim. Lebih pun sipi-sipi kalau boleh. Sebolehnya nak memecah stigma janji Melayu. Kat poster jam 9 pagi. Bajet masa paling-paling 9.30 dah mula start kot. 

"Event start pukul 10. Belum set up tempat lagi." Bro tu masih setting2 apa benda tah kat pentas.

Ok takpe. 10 ye. Makan dulu. Kedai pun tak bukak lagi. Nais jugak ber-ootd sekaki dua. Heh.

10 pagi. 1 jam, 2 jam berlalu. 12.15 tgh. Haih, biar betul. Event start lepas lunch ke apa?

12.15 tgh. Ah tak boleh jadi ni. Pizza. KFC. Perut minta diisi. Anggap je la takde rezeki nak mendengar intipati seni.

Masalah teknikal kot. Langkah kiri kot. Bukan bidang kuasa penganjur kot. Dan aku dengan "Ah takpelah". Walau berbuku hati menyirap terbakar 3 jam macam tu saja.


Wednesday, May 23, 2018

Leadership and Affiliation

Semalam dalam kelas Motivasi dan Emosi, Dr Salami ajak perbincangan dalam kelas tentang Need for Power dan kaitannya dengan Leadership dan Affiliation. Dr Salami tambah lagi dengan kajian Pattern of Leadership masa kini yang mana 'leader' bila sudah punya kuasa, Affiliation jadi rendah. Hubungan sesama manusia itu jadi renggang. 

Benda yang paling aku takut bila jadi pemimpin, semacam ada satu gap yang besar antara yang di atas atau di bawah. Semacam ada satu kuasa autoriti yang terpisah-pisahkan hubungan sesama manusia. 

------

Garis masa kali ini memang mencabar tapi; banyak mengajar aku erti sabar. Sabar dengan diri. Sabar dengan garis masa yang dah tertulis untuk aku; ini jalannya. 

Sungguh. Tiada apa pun yang perlu dibanggakan bila ini semua mewakili

Dan aku, masih macam dulu-dulu harapnya.

2025

 2025 Sedikit sedikit aku melangkah malas menjejak tahun 2025. Pejam celik pejam celik, sudah masuk bulan tiga dan bulan berpuasa. Tahun 202...