This urgent thoughts or insight suddenly came when I was playing with Ocean Pop game in my mobile phone.
Tapi betul, kadang-kadang aku pun tak paham macam mana ilham atau idea nak menulis tiba-tiba muncul. Mungkin sebenarnya aku banyak benda yang tak terucap sehinggakan aku rasa, waktu aku main game tu, apa yang aku fikir, berlegar-legar di otak dan aku perlu keluarkannya dengan segera dalam bentuk tulisan.
Ok berbalik kepada idea apa aku nak tulis hari ni.
Tiba-tiba aku terfikir antara kekangan orang untuk menceritakan masalah dia kepada orang lain ada beberapa perkara. Mungkin lah benda ni adalam teori ke apa, tapi berdasarkan pengalaman aku sendiri, ini antara perkara yang kadang-kadang buat kita rasa malas nak ceritakan masalah kita pada orang lain. This is totally my opinion from my experience dan tidak ada kena mengena dengan teori psikologi atau sebagainya.
- Masalah kita terlalu besar sehingga kita rasa takde orang boleh selesaikan
Ini adalah fasa pertama yang aku rasa bila aku ditimpa masalah yang besar. Waktu ni aku rasa masalah aku terlalu besar dan tiada siapa pun aku rasa dapat tolong. Mereka hanya dapat mendengar dan mengemukan penyelesaian tetapi mereka tak dapat membantu untuk menyelesaikan masalah sebab juga bukan dalam kapasiti mereka. Akhirnya, anda akan terus terbelenggu dengan masalah itu sebab ianya bukan melibatkan emosi semata-mata tetapi perkara teknikal yang hanya akan dapat diselesaikan dengan sesuatu yang bersifat teknikal juga.
- Kita rasa masalah kita kecil sangat sehingga kita self-stigma orang akan pandang enteng dengan masalah kita
Perkara ni berlaku bila mana kita downgrade masalah kita. Kita tak validate perasaan kita yang masalah kita adalah real. Aku perasan perkara ni berlaku bila mana kita cuba bandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih susah dan mempunyai banyak masalah. Tak salah perkara tu, cuma ia akan memakan diri kita bila kita rasa masalah kita bukanlah besar mana, dan akhirnya kita tak tak cuba untuk acknowledge atau adddress the problem sebab kita rasa tak penting. Padahal, sekecil atau sebenar mana pun masalah kita, ia tetap valid dan perlu diambilkira. Satu perkara yang perlu kita ingat, kapasiti orang berbeza. Mungkin dari sisi pandang kita, ianya mungkin susah tapi mungkin orang lain rasa, ianya sudah cukup untuk memberi kecukupan dan begitulah sebaliknya.
- Kita rasa orang tak boleh nak relate dengan masalah kita sebab dia macam individu yang dah bahagia dan tak bolem empati
Ini adalah fasa yang aku rasa bila aku mula cerita masalah aku kepada orang lain. Pada mulanya, kita ingat kita dalam kasut yang sama, merasa kesusahan yang masing-masing boleh menyokong dan mendokong perasaan antara satu sama lain. Sampailah satu tahap, satu daripada kita sudah mengecap kebahagiaan dengan cara dia, sedangkan kita masih struggle dengan masalah kita. Dan waktu tu, ada perasaan berbaur yang mana kita patut rasa bahagia untuk orang yang kita ceritakan masalah. Tapi pada masa yang sama, kita rasa sedih sebab kita tak lagi punya tempat bergantung sebab akhirnya masing-masing akan bawa jalan masing-masing. Ini paling sedih. Tapi, sebagai manusia, itulah fasa kehidupan. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan.
- Kita taknak cerita masalah kita sebab takut kena judge
Perkara ini antara yang paling utama berlaku bila baru sahaja kita nak mula bercerita, namun kita dilimpahkan dengan kata-kata nasihat dan bebelan yang belum sempat untuk kita minta. “Ha, tulah kau.” “Kau tak boleh macam ni weyh,” Itu antara dialog yang akan terus menutup pintu hati setiap manusia untuk terus bercerita belenggu yang dihadapi. Tapi aku tak nafikan, ada orang yang boleh terima cara nasihat dan bebelan macam tu. Bagi aku, untuk masalah yang memang jelas punca dan sebab, dialog itu adalah seperti peringatan lah. Dah tau jadi macam tu, kenapa buat juga. Lebih kurang macam tu lah. Tapi untuk perkara yang di luar jangkaan atau sebab dan akibat, dialog itu hanya akan membuatkan rasa bersalah dalam diri menebal dan terbitlah segala rasa self-doubt, self-blame, useless, hopeless, unworthiness dan lain-lain perasaan negatif yang tak membantu pun untuk validate perasaan tu.
- Kita taknak bebankan orang dengan masalah kita sedangkan dia ada masalah yang lagi besar
Perkara ini mungkin akan jadi bila kita cuba untuk kongsi pengalaman kita, tapi bila kita fikir balik, dia ada masalah yang lagi besar daripada kita. Kita akan rasa seperti kita merungut atau tidak bersyukur dengan apa yang kita ada dan hanya membebankan orang lain untuk turut berfikir tentang masalah kita. Akhirnya rasa bebanan itu akan membuatkan diri kita untuk menjauhkan diri dan mencari alternatif lain untuk menyelesaikan dengan cara lain.
Disebabkan perkara-perkara di atas (mungkin banyak lagi) antara perkara yang aku rasa membuatkan aku rasa hopeless dalam fasa mendapatkan sokongan emosi dan perasaan. Tapi at the same time, aku faham juga, tak semua orang tahu untuk berhadapan dengan orang yang bermasalah. Tak semua orang tahu macam mana nak jadi support system yang dapat membantu emosi dan perasaan orang lain. After all, kita semua adalah manusia, suatu masa kita rasa macam kita yang membantu, satu masa lain kita rasa kitalah yang memerlukan pertolongan. Kitaran ini, bagi aku akan terus berlaku sehingga kita bertemu dengan orang yang betul-betul dapat beri sokongan emosi dan perasaan yang kita mahukan.
Tapi tak semua orang mampu untuk bertemu dengan situasi ideal seperti itu. Ada masa, kita hanya cuma perlu bertahan dan cuba untuk selesaikan sendiri sebab pada akhirnya tiada siapa yang dapat membantu diri kita melainkan diri kita sendiri. Usaha, doa dan tawakal. Kadang mungkin kita tak perasan yang menjadikan kita kuat sebegini adalah kerana kita mempunyai pegangan dan kepercayaan yang teguh pada Pencipta. Walau ada masa, kita rasa hampir jauh daripada Pencipta tapi satu yang kita perlu tahu, Dia akan sentiasa dekat di hati kita. Waktu itu jugalah kita merasakan yang masalah kita taklah sebesar mana berbanding dengan rasa kasih dan cinta Allah pada kita.
To be honest, aku sangat berbesar hati dan bersyukur dengan sesiapa pun yang aku jumpa untuk hulurkan pertolongan tu. Aku tak nafikan, aku juga menjadi antara yang tak tahu untuk bereaksi macam mana bila orang hulurkan pertolongan. Ada fasa, mungkin dia betul-betul nak tolong, tapi aku belum bersedia untuk open up dengan masalah aku, jadi dia pun pergi begitu sahaja setelah aku membina benteng yang cukup tinggi sekeliling diri aku. Ada yang memberikan keceriaan dalam hidup aku sehingga aku lupa yang aku ada masalah. Ada yang datang sekejap-sekajap, sama seperti aku juga kepada mereka. Tapi itu juga membahagiakan. Ada juga yang hadir sebagai anonymous, tanpa pernah bersua muka, tapi ada di saat orang lain tidak mengendahkan. Dan ada juga yang datang tepat pada saat kita sudah bersedia untuk open up dengan masalah atau separa healing.
Semua yang kita jumpa dalam perjalanan adalah satu keberkatan dalam diri kita, satu perjalanan yang buat kita untuk terus membesar dan kenal diri kita dengan lebih dekat. Memang tak nafikan, setiap pertemuan dan perpisahan tu, akan menjadi sesuatu yang sangat emosional dan sedih, apatah lagi ada nilai sentimental yang berbeza dalam diri kita tetapi masa itu akan terus berjalan tanpa menunggu kita. Satu perkara selesai, akan ada satu perkara lain yang menunggu diri kita. Habis satu fasa, akan ada fasa lain yang sudah menunggu diri kita untuk dihadapi.
Sekian,
Saya yang sudah tidak sedih lagi kerana dapat beli baju ge.classic (hmm itu jelah kot yang dapat buat saya rasa bahagia; self-reward bila rasa diri terlalu sedih dan sudah bekerja keras)