Tuesday, August 31, 2021

Mimpi dan Impian

Hello journal,

It has been a long time I have not write anything here. Something just happen to my life recently that it does give me some shock for few days, trying to digest what has been happening and I feel like a dumb for a while. But Alhamdulillah, it just took me few days to move on and get back on track. It feels so hurtful sometimes but I have gone through this and I know, it is just a phase of life and I am glad I am able to stand up back in a short time.

It feel sad ya when you are the one who were left out while the one you think you are trying to heal has found their happiness. I have a conversation with my online friend, ranting about my stories and that person told me that my stories of becoming a healer is similar to his. Healing a person, but getting ourselves hurt. But that is ok. That is life. 

Oklah I don't want to feel melancholic anymore. Let's move on to another updates.

So, recently, I have been asked a question that I have not received such question for a long time. I think I miss this kind of deep conversation. I still remember when I am with my friend back in Manchester, Diyana (we are no longer contact with each other) or with my lovely friend from my recent university, Zu (also we never contact after graduated), how much I enjoy deep conversation about life, about what is happening around us. That deep conversation really give me a sense of self-recharge. Ah aku cakap Bahasa Melayu lah pulak.

Aku ingat lagi, out of nowhere, kalau aku tengah crash kat rumah Diyana, soalan favourite yang dia suka tanya aku, "Kak Amal fikir apa?" and that time, aku rasa masa aku stop kejap. Waktu tu kadang-kadang banyak aku tengah fikir dan buat and this one question macam beri aku satu masa untuk aku reset semula pemikiran aku, susun semula cerita-cerita aku untuk aku luahkan dalam butir-butir perkataan dan berkongsi pemikiran. Waktu tu adalah satu momen yang sangat memberi aku pencerahan minda sebab masing-masing bertukar pandangan mengenai kehidupan. Up until now, I still miss that moment.

Bila masuk ke dunia universiti aku yang kedua, aku jumpa Zu. Walaupun boleh kata dia jauh lebih muda daripada aku tapi pemikiran dia tak sama dengan rakan seusia dia, dan aku boleh nampak bayangan aku pada masa muda macam dia. Jiwa yang suka menulis dan hanyut dalam pemikiran. Selalunya kami akan berkongsi cerita bila dalam perjalanan. Sambil aku memandu, sambil macam-macam cerita akan keluar. Daripada cerita MPP, universiti kepada hal-hal masa depan dan aspirasi kehidupan. Ianya cukup memberikan aku kehidupan.

Tapi semakin aku membesar, aku kembali kepada realiti bahawa siapapun aku jumpa dalam kehidupan, ianya hanya sementara. Pertemuan dan perjalanan yang tak mungkin akan sentiasa ditemukan dalam satu titik pertemuan. Perpisahan itu pasti dan akhirnya masing-masing perlu membawa diri walau seindah manapun, zaman dan masa yang kita pernah lalui.

Samalah macam aku, kehidupan itu, datang dan pergi. Habis satu bab, kita karang satu bab kehidupan yang lain, dan begitulah putaran kehidupan sehingga kita ketemukan satu mimpi yang kita impikan.

Sudah lama aku tidak ditanya tentang kehidupan. Sudah lama aku tidak berbual secara serius, bercerita tentang hasrat yang aku pernah impikan, hinggalah satu hari, aku ditanya dengan satu soalan yang me-reset semula pemikiran.

What is your dream?

Waktu tu aku macam terjaga semula daripada lena yang panjang. Aku pernah ada mimpi. Aku pernah merangka mimpi dalam kehidupan, Tapi semakin aku membesar, aku sedar, aku perlu jadi realistik. Walaupun aku tak nafikan, sepanjang perjalanan kedewasaan ini, banyak pintu-pintu kecil yang terbuka yang membawa kepada sesuatu yang aku impikan. Cuma sekarang, aku tak pasti sejauh mana perjalanan ini memberi aku satu kepuasan dan ketenangan. Sejujurnya, masih ada kegusaran dalam diri yang aku rasa masih belum dapat beri aku satu ketenangan yang abadi dan sebab tu juga, aku tak rasa aku mampu bermimpi dengan terlalu tinggi. Satu perkara yang besar yang menarik aku untuk berpijak pada bumi yang nyata.

Entahlah. Cukuplah aku masih terbelenggu dengan apa yang aku hadapi. Aku tak minta pun untuk disimpati, cuma yang aku harap, aku masih mampu membahagiakan orang sekeliling. Tak perlu berasa kasihan dengan apa aku alami, cukuplah untuk merasakan aku baik-baik sahaja. Itu sudah memadai.

Oh nak tahu apa jawapan aku?

Mimpi seorang aku
- To keep survive
- To redefine and rediscover myself

Itu sudah cukup untuk jadi asas untuk aku bermimpi dengan lebih jauh. 





No comments:

Post a Comment

2025

 2025 Sedikit sedikit aku melangkah malas menjejak tahun 2025. Pejam celik pejam celik, sudah masuk bulan tiga dan bulan berpuasa. Tahun 202...