Thursday, December 31, 2020

Pergi

“Oo. Patutlah da tak cerita kat kita lagi. Jawab mesej pun nak tak nak je.”

“Err. Taklah Kak Amal. Taknaklah susahkan Kak Amal dah.”

Siapa kata bila kau bercerita tentang diri kau, kau susahkan aku? Siapa.

Bila kau bercerita, aku juga rasa boleh turut berempati, sedikit sebanyak meluah cerita diri (walau bukan semua) sebab aku yakin ada ruang selamat juga untuk aku bercerita.

Aku malah lagi rasa dihargai sebab aku ada peranan signifikan dalam hidup orang. 

Tapi bila diberitahu macam tu, aku tahulah, aku cuma pilihan kedua atau alternatif bila orang mahu bercerita. Persinggahan untuk mereka meluahkan. Sampai satu masa, mereka sudah jumpa seseorang yang boleh bergantung harap, mereka pergi begitu sahaja. Meninggalkan aku dengan tanda tanya, sudahkah bahagia jiwamu? Masih larakah rasa hatimu?

Dan persoalan itu dibiar tak berjawab dengan aku hanya bersangka-sangka pada jawapan, ya, kau sudah ketemukan kebahagiaan, dan tugasku sebagai pendengar, berakhir di sini.

Maaf aku terlalu prihatin. Maaf aku terlalu sibuk mengambil tahu.

It is hurtful to care too much, when in fact, nobody care for you.

Wednesday, December 30, 2020

Kenal

"Mak, kawan adik Ina (bukan nama sebenar) kahwin dah semalam." Aku kata kat mak sambil goreng karipap.

Aku sambung lagi, "Tengok dia update je lah kat FB. Kat Ipoh." Faham je situasi sekarang ni mana boleh nak jemput ramai-ramai.

"Oh, kawan adik yang mana tu?" Mak tanya balik.

"Ala, yang ayah dia polis jugak tu."

"Oh, yang ayah dia nama Isa tu eh." Mak mula ingat.

"Ha yang tu lah. Tapi memang dia takdelah jemput. Tengok update je. Ye lah sekarang ni kan takleh nak jemput ramai2."

Kadang-kadang kawan pun boleh jadi modal sembang dengan mak. Aku rasa macam mak aku kenal kawan aku semua. Ni kawan time sekolah rendah. Ye lah, dulu duduk dekat berek polis, dengan aktiviti wanita, memang masing2 akan kenal la anak masing-masing. Dengan adik beradik semua sekali. Kalau kenduri anak2 pun, mak ayah la paling semangat nak datang sebab jumpa kawan lama.

Meningkat ke sekolah menengah, aku pun rajin cerita pasal kawan sikit. Paling mak kenal macam yang duduk dekat2 sini jugak. Sebab selalu balik dari Johor naik bas sama-sama. So sambil tunggu anak masing2 sampai, mak2 ayah2 sembang lah kot. Macam Adilah, Atikah. Tak pun yang memang aku rapat. Aku cerita lah sikit.

Bila buat persediaan dulu pun sama, housemate kat Angkasa dulu, aku rasa mak kenal lah jugak. Walau macam tak ingat nama, tapi ingat la. Oo Anis, Farah, dari Terengganu tu. Gitu je lah. Macam hari tu diorang kawen ke, aku update je la kat mak.

Tapi aku rasa memang mak aku kenal kawan aku yang perempuan je lah. Aku memang takde kawan laki nak kenalkan kat mak pun. Hahah.

Cuma bila dah masuk uni yang dekat ni ha, ade jugak aku cerita sikit kawan-kawan yang aku rapat. Tapi tak banyak sebab aku pun macam tiap2 sem rapat dengan orang lain. Mak aku cuma tau, yang sama bilik yang ayah dia bekas tentera tu, yang dari Sabah, yang dari Terengganu, yang duduk Sungai Besar, yang dulu ikut pergi masuk hutan, yang aku selalu tidur rumah diorang. Itu je lah. Kira macam aku nak mak aku tahu aku berkawan dengan siapa gitu lah.

Tapi dia jadi kelakar bila aku aktif satu ngo ni, pastu kan mostly macam makcik2 pakcik2 ramai. Cuma mak aku takdelah join ngo tu. Tapi aku kenalkan lah jugak tiap kali aku beraktiviti ke sana sini. Tapi dia macam kelakar bila aku nak kata, ha ni kawan adik. So dia akan jadi, "Err, ni yang adik kenal kat ngo." Tapi tiap kali terserempak kat masjid ke apa, mak akan kata, "Tadi mak terserempak dengan kawan adik yang ustazah kat masjid." Ahaha. Aku pun konfius err kira level kawan ke.

Tapi bila dah makin besar, circle pun dah makin kecik, taktahu dah nak sembang pasal kawan yang mana pulak. 

Takde apa pun. Random thoughts je. Sebab aku rasa ade je yang jenis akan cerita kawan kat parents. Ade yang macam tak cerita pun. Ade cerita sipi2. Aku rasa aku in between lah. Itulah tu. Korang camne.

Tuesday, December 29, 2020

Hilang | Bab 2 : Sunyi

Dah berkali dia scroll aplikasi social media di phone. Habis satu aplikasi ke satu aplikasi. Entah apa yang nak dibacanya pun tak tak tahulah. Tiada apa yang menarik perhatian. Cuma satu yang dia tahu, setiap satu social media yang digunakannya memberi skop cerita yang berbeza.

Kalau Facebook, lebih kepada cerita random yang keluar melalui sponsored post atau recommended post. Masih ada juga kenalannya yang masih menggunakan medium Facebook untuk kehidupan masing-masing. Maklumlah dia dan circle kawannya itu lahir pada awal 90-an yang membesar dengan Facebook. Ada juga yang sekadar share post yang memberi inspirasi atau pun buat ayat seperenggan dua untuk menyokong cerita yang di post. Heh, dia sekarang pun begitu juga. Lebih banyak share berbanding hasilkan tulisan sendiri. Cuma satu yang dia boleh rasa, disebabkan taburan rakan di Facebooknya berbilang zaman dan umur, pelbagai kerenah yang terlihat. Kalau yang seusia, lebih banyak update perihal kerjaya dan keluarga. Bagi yang di fasa mahasiswa, rata-rata posting berkaitan aktiviti mahasiswa, isu-isu universiti dan sebagainya. Apapun, seronok dapat melihat dan berkawan dengan dua generasi berbeza.

Kalau dia Instagram, dunia kelihatan lebih indah. Semestinya di sini circle kenalan hanyalah yang dia kenal. Memang hanya diberi izin kepada mereka yang dikenali untuk di-approve follow nya. Jika tidak update di feed pun, sekurang-kurangnya dia dapat tahu juga update kenalannya melalui instagram story. Ah, dunia mereka kelihatan indah! Dan kadang diri pun tak lari untuk tunjukkan pada dunia betapa oknya kehidupan diri ini sekarang. Cuma tak siapa tahu, yang dipost hanyalah cuma untuk sekadar menjadi memori atau jurnal bergambar kehidupan untuk di-throwback pada masa akan datang. Dan apabila, posting kahwin dan kehidupan berkeluarga lalu di timeline, dia sekali lagi menukar ke aplikasi social media yang lain pula.

Twitter. Sudah lama sebenarnya dia bangunkan akaun twitter. Dalam tahun 2012. Ye lah, waktu tu zaman baru nak up semua social media nak kena ada. Tapi dia jarang gunakan aplikasi twitter sangat masa dulu. Pernah ada followers dan follow dalam kalangan kawan sekolah rendah dan menengah yang akhirnya dia buang begitu sahaja untuk memulakan satu figura yang baru. Ya, kini circle twitter nya hanya ada 4 orang rakan perempuan yang dia hanya percaya pada mereka. Dua orang strangers yang dia kenal di IRC, dua orang lagi rakan di universiti yang dia percaya tidak judgmental dengan cerita diri. Itu sahaja. Lainnya dia hanya follow akaun-akaun yang akan berikan posting neutral. Lagi jauh tahap kenalan, lagi dia rasa selamat. Medium ini juga sebenarnya buat dia update dengan kisah dunia dengan lebih cepat. Di sini, dia rasa selesa. Sebabnya sekitarnya hanya terisi dengan orang-orang asing yang dia tak perlu kisah atau iri dengan hidup mereka.

Habis semua social media dibuka. Bila mula rasa bosan, dia patah balik semula dan akhirnya cycle itu berulang kembali hari-hari. Oh lagi satu, sejak Whatsapp bangunkan feature WhatsApp story dulu, rajin jugalah dia lihat update kenalan dalam contactnya. Kadang-kadang ditegur sepatah dua, tanda dia ingin memanjangkan silaturahim. Tapi lama-lama semuanya jadi macam lebih serabut. Sudahnya, kebanyakan story dia mute, dan hanya yang dia betul-betul ingin tahu saja dia biarkan visible. Sebenarnya dia rasa, dia banyak gunakan feature WhatsApp status untuk update bila fasa-fasa tidak ada rakan untuk berbual, waktu intern lah paling terasa. Dulu dia jenis yang rajin bercerita pada kawan tentang kehidupan seharian, bertukar pendapat dan insight tentang kehidupan, dan perkara itu memberikannya rasa terisi. Cukuplah berkongsi pada yang memahami. Tapi semenjak masing-masing akan bawa haluan sendiri, waktu itu dia mula rasa terbelenggu kerana tiada sesiapa untuk dicurah rasa hati, dan akhirnya medium WhatsApp story jadi tempat meluah walaupun sekitarnya rasa sepi.

Mula-mula memang rasa macam difahami, sekurang-kurangnya dia rasa ada yang membaca dan mengambil tahu. Tapi lama kelamaan, semuanya rasa macam tak perlu untuk diceritaluahkan sebab tak semua orang pun akan rasa peduli. Hidup masih lagi sepi. Dia mula limitkan pada siapa dia mahu perkongsian itu dibaca. Sebab kadang-kadang dia hanya mahu meluah rasa, tapi tak mahu orang rasa simpati dan kasihan. Dan akhirnya, tinggal beberapa indvidu yang dia percaya dan benarkan untuk membaca perkongsian peribadinya.

Tapi itu juga masih belum memuaskan hati. Entah. Mungkin pada zaman digital seperti ini, connection dan networking semacam makin meluas. Bilangan followers dan kenalan beribu tapi akhirnya yang betul-betul memberi makna kepada diri dia hanya yang satu dua. Itu pun, yang satu dua tak mampu untuk beri rasa mutual kepada dia.

Sekali lagi dia rasa 'hilang' dan lemas dalam lautan social media.

Another day. Another week.

Sunday, December 27, 2020

Rasa | #InaraSeries




"Akak, saya ada benda nak bagitahu akak ni."

Satu mesej WhatsApp tiba-tiba muncul waktu Inara sedang leka scroll timeline Facebooknya.

"Dah kenapa pulak tiba-tiba takde angin takde ribut tiba-tiba budak ni mesej aku pulak," bisik Inara dalam hati. Memang seingat dia, dah lama dia tak bermesej sesuatu yang personal dengan individu yang dia anggap macam adik sendiri tu. Kali terakhir tak silap nada mesej yang bersifat formal. Langsung takde emosi. Bukanlah dia ketepikan silaturahim yang pernah terjalin, cumanya dia rasa masing-masing dah besar dan akhirnya akan bawa hala tuju masing-masing.

"Ye, apa tu?" Hanya sebaris mesej yang dibalas. Inara juga tiada expectation akan jawapan yang akan diterima. Mungkin sesuatu yang personal. Mungkin. Entah.

Selepas dibalas, Inara terus set kan mesej tersebut sebagai Archieve. Memang dah begitu tabiatnya. Kebelakangan ni, dia banyak Archieve mesej dan hanya meninggalkan mesej penting yang perlu di follow up. Salah satu cara untuk Self-care dan tidak terasa hati jika orang lain tidak membalas mesej. Dia juga boleh fokus dengan apa yang dia sedang lalui sekarang. Hanya ada tiga pinned message. Satu kumpulan bersama Supervisornya, satu kumpulan bersama penyelidik lain bagi geran penyelidikan dan satu lagi saved message tertera namanya sendiri untuk rekodkan hal-hal penting.

Memang seperti jangkaannya. Mesej tersebut tidak dibalas sejurus lepas tu. Bila malam menjelang, barulah satu mesej masuk dalam inbox daripada individu berkenaan.

"Kak, saya nak bagitahu, saya dah ada orang. Saya rasa nak bagi tahu juga sebab dulu saya ada pernah suruh akak tanyakan bagi pihak saya pasal seseorang ni. Tapi sebab dia melibatkan akak sebagai perantara dan dia, saya rasa akak kena tahu. Saya rasa bersalah sangat."

Inara dah agak. Ini pasti berkaitan hati dan perasaan. Memang dahulu individu itu ada minta tolong dia untuk tanyakan bagi pihak si tuan punya badan bahawa dia berminat untuk berkenalan dan dia hanya mahu tanya sama ada si dia sudah berpunya atau belum. Inaralah yang jadi orang tengah. Padahal sebelum bertanya, Inara memang sudah minta individu berkenaan untuk fikir masak-masak. Dia pun sudah tanya ibunya dan solat istikharah. Katanya. Inara tahu perkara ini bukan untuk main-main dan sebab tu bila betul dia kata dah lakukan semua tu, Inara bersetuju untuk jadi orang tengah.

Lama jugak Inara fikir ayat yang sesuai untuk dibalas. Takut tersalah kata. Takut tersilap bicara. Takut semacam terbawa emosi si tuan punya badan pula. Inara tahu, dalam hal ini, dia kena neutral. Walau rasa macam terkhianati sebab dia juga turut bertanggungjawab sebab jadi orang tengah, tapi dia tak boleh terbawa emosi. 

Walau membuak-buak rasa menyampah, kenapa begitu mudah rasa bila memerlukan, dia mencari dan memberi harapan, namun apabila dia sudah dapat apa yang dicari, begitu mudah dia melupakan. Tapi Inara tak boleh bersikap judgemental. Dia tak tahu apa yang mereka dah hadapi, dan dia kena hormat keputusan orang, kalau itu memang sudah ketentuannya.

"Uu. Wow. It's okay. Mana-mana yang terbaik buat anda."

Hanya sebaris Inara membalas. Tiada unsur emosi, tiada unsur judgemental. Malas memanjangkan situasi dan mengeruhkan lagi keadaan.

"Tapi, apa yang saya perlu buat lepas ni kak?" Mungkin dia tak puas hati dengan jawapan ringkas Inara.

"Takde apa kot. Bukan ada declare apa2 pun dgn dia kan?" Inara balas balik.

Again, Inara tahu. Soalan berbalas soalan itu pasti akan ambil masa untuk dijawab. Hanya pada awal pagi, satu mesej masuk. 8 malam dibalas 5 pagi. Inara tahu sangat dengan rasa terbuku yang sampai tak tahu nak jawab apa. Tapi dia faham. Jangan judgemental.

"Haah. Takde. Just melalui akak je. Sorry sebab susahkan. Saya rasa bersalah sangat."

Inara tarik nafas. Pada saat ini, dia pun bersalah sebab dia orang tengah. Tapi apa yang dia boleh buat. Dia bukan keluarganya. Dia bukan siapa-siapa. Dia hanyalah individu asing yang datang seketika dalam kehidupan, dan pada akhirnya dia akan pergi dengan jalan yang dipilihnya.

Inara merangka ayat dalam minda. Tangan mula menaip. Dia harap apa yang disampaikannya itu, tidak menimbulkan rasa apa-apa. Walaupun jauh di sudut hati, dia tak mahu manusia menjadi semudah itu meluahkan rasa bila tak punya rasa. Rasa itu mahal, dan biarkan ia mahal. Ucap, bila hanya betul-betul untuk memaknakan.

Takyah rasa bersalah pun. It is your life. It is your decision and your direction. Because at the end of the day, you are the one who gonna face it.

But it is a lesson to learn lah. You see how some action might cause the consequence. But it is okay. Benda dah jadi. That's life. We cannot force how we feel. Sometimes we feel this and at one point, we can feel the other way. As human being, we just want to be understood and having someone that can understand us, is a blessing. Maybe that is the thing that you seek now, and when you got it, you feel fulfilled. You feel blessed. You have reached your searching and finding journey.

So, not to be worry. People come and go. That's life. If you think this is bothering you and other people, be brave to confront. If not, just leave it there as it is. Nothing is even promise in the first place with her.

You do you and may you find the eternal happiness you seek for :)

Si penerima mesej mungkin masih belum bangun tidur.

Inara hanya mampu tersenyum. Sekurang-kurangnya seorang kenalannya sudah menemui kebahagiaan.

Dia hanya ibarat sang penglipur lara, merasa bahagia dan sedih dengan kehidupan orang lain, walau pada akhirnya dia pun tak tahu macam mana susun atur ceritanya pula


 


Saturday, December 26, 2020

Hilang | Bab 1 : Keliru

"Alhamdulillah, terima kasih buat semua akhawat yang sudi luangkan masa dalam perjumpaan online kita kali ni. Insha allah untuk minggu kita jumpa lagi."

Penutup ucapan untuk perjumpaan online kali ni sebelum semua ucapkan terima kasih. Butang merah ditekan dan talian panggilan video diputuskan.

Skrin laptop dipandang sepi. Tak tahu nak rasa macam mana. Katil di sebelah dah macam memanggil-manggil untuk dihamparkan badan yang kepenatan.

Another day. Another week.

Sepatutnya dia rasa terisi. Sekurang-kurangnya setiap minggu ada pengisian yang membasahkan jiwa. Sekurang-kurangnya setiap minggu dia dapat mengambil inpirasi daripada kakak-kakak atau makcik-makcik yang lebih sibuk dan banyak komitmen namun masih mampu meluangkan masa untuk mengisi jiwa. Sepatutnya dia rasa begitu. 

Namun, ini tidak. Dia hanya rasa jiwa dan hatinya sudah jauh entah ke mana. Setiap minggu bagai terpaksa datangkan jiwa agar rasa tidak bersalah. Tiap kali ditanya, keberadaan diri macam mana, dia hanya mampu jawab dengan senyuman, mengatakan semuanya ok sahaja walaupun berat dalam jiwanya, mahu mengatakan jiwa dan hatinya kini sedang sakit dan bertarung. Tapi, ah, siapalah yang mampu memahami. Mereka juga punya komitmen dan keluarga yang perlu dijaga. Diri sudah besarkan, mestilah pandai menjaga diri.

Dan akhirnya segala yang terbuku, terus disimpan rapi dalam diri. Dia tahu itu salah dia kerana tidak menjaga amalan diri. Dia tahu, itu salah dia kerana tidak membangun amal dan iman dalam diri. Dia tahu, dalam jalan ini, jiwa itu kena kuat selari dengan amalan.

Tapi dia juga manusia yang punya ciri manusiawi dan ciri manusiawi ini makin perit bila ia sendiri tidak disantuni secara manusiawi.

Siapa kata dia tak cuba kembali, tapi gelojak jiwa yang terus membungkam buat dia rasa tiada seorang pun yang akan memahami. 

Dan lebih baiklah, untuk hidup sepi dan sendiri, kerana akhirnya, dia hanya punya diri sendiri.

Another day.

Monday, December 21, 2020

Frozen Capsule - The Cryonic Part of Me

So, I watched a Korean Drama entitled Melting Me Softly, a story about a man and women took part in cryonic experiment (frozen in capsule) in 1999 to be thawed after 24 hours but the professor incharged got into a planned car explosion. However, his assistant managed to save him when the culprit believed he had died and he was in coma. Only after 20 years, the professor woke up by accident with some of his memory returned for a while and revived the couple back. Although after that he regained his conciousness but he lost most of his memories.

The couple woke up in confusion seeing realizing it has been already 20 years past. Although all their surrounding has been aging, but they maintained young, only the ID card can prove their real age. Ok so to cut it short, they fall in love and things get difficult as their body temperature was lowered down to 31.5 due to a modified protein injected to them, beyond that temperature, it will be fatal for them.

Watching this just reminded me how my time was frozen and I woke up when everything has changed but the fact that I am alone in the 'capsule', everything around me can no longer fit it. I can't fit in the society. It is either I am too behind, or I am too forward. My biological age is not congruent with my mental age.

Nobody can ever understand, because I may be seem normal and has achievement but in fact, it just a mere surviving skills that I try to convince even to myself, that I am doing good. When in reality, I just barely survived.

Friday, December 18, 2020

The Journey - Untold

I remember having the phase where I blame myself so much about what had happened; about the non-completion of my degree year. I blame myself for not giving the best push of myself until I finish. The thought that I just make my life harder by dragging the burden of the non-completion for the rest of myself was killing me. There was no one I can talk about it. I am bad at expressing my emotion, even to my family or siblings, let alone to my friends. I feel ashamed of not becoming the one that my parents were proud of. I feel ashamed when people around me look up on me, but I do the other way round. I saw myself as a unfinished products that doesn’t deserve any recognition from any people.

That was my thinking back then.

I still get the physical support from my surrounding, but what I think lacking is someone to listen. People came and gave advices but little that they know, I don’t need advices, I just need my voice to be listened. I need my emotion to be validated. So, I better keep that thoughts only to myself. I try to search my safe space to express without anyone give me judgement or advices straight away. 

Then, I tried fnding different ways in meeting people. I don’t feel comfortable meeting people face to face. In fact, I have tried. But the religious advices they gave me really just make myself like a loser, as if I don’t have a strong faith. Only Allah knows how I begged to Him for a peace and calm heart. Then, I realized that my safe space is through writing. But I don’t want to share my thoughts where there is my friends and and my known circle is reading. I don’t like to be sympathized by other people. People reading my stories, make assumption, but they feel helpless to give any help. I understand they want to help, they want to reach out, but didn’t know how. I don’t blame them. It is me who doesn’t give them the space to help me, and I am not that ready at that time. So, I need to find alternative ways to just really talk to someone that want to listen. The more stranger they are, and the less likely for them to know my real life, the better.

Finally found.

That is when I found a platform where I can talk to strangers without being judged. At first, I joined the platform as a normal person; behaving like someone random trying to make friends. Then, I slowly get attached to someone or some people that I can trust to share my stories. It never took a short time. I need some time observing to know their personality based on their writing. Some of them are way older, some of them just few years older, some are same age and some are younger. And yes, we don’t know them in the real life and the probability to meet them in person is very low, except we plan to meet. That is actually makes me even more secure.

From there, I met people having the same ‘finding way’ like me. I met people who had experience other worst things in their life. I met people who is just like me; searching for someone to be listened. And it turned out that, it is an escapism place for me, and I spent most of my nights there; typing and chatting my thoughts or reading others thoughts. As for someone like me who is mostly introvert and prefer writing than talking, that is the best platform for me to express.

But there is one thing I am afraid of; developing an attachment to those people I am comfortably share my thoughts with, especially to the opposite gender, because I grow up, saying that it is a big no, having relationship with a guy. Really. I grow up in an all girl school, not knowing how to make friends with guys. I am that awkward. I try to share my thought with the opposite gender that I am comfortable with, and I realize that they are not bad in listening to problems. Lol. Same with the girls, I am more comfortable to talk with those that are not that girly, if you get what I mean. Because my style of writing is really like a guy. With a non-gender-identified nickname, people always assume that I am a guy, and I feel comfortable that way because I don’t like to get flirted. Lol perasan. 

To cut the story short, the platform really helped me in gaining back my strength when I am at my lowest point. Oh, and I remember some random kindness of my online friends that they sent me present when I just casually begging for a present, and they really did. And they don’t ask anything in return. That present is so meaningful to me, reflecting how sincere they are to make someone’s life feel appreciated. Blessed them! It is so beautiful how Allah made our pathway intercept at one point. Even though I afraid of the attachment in the beginning because I understand, at the end of the day, we will go through our separate paths and that will become memories, but the journey will be kept in mind that it is one of the meaningful journey in my life. And at the end of the day, I slowly understand how to move on from the attachment and they are like a family, a brother, a sister for me.

Now, we are all have walked away in our own journey. When thinking back those days, I smile. How meaningful my life is for being able to meet random, kind-hearted strangers. That untold moments in life which I share nowhere, inspire me to pay it forward to other people, be it known or strangers; sending love and kind words, without expecting anything in return.

Whoever or whenever you are or how we met, I pray that one day, you and me will finally find someone significant in our life and heal anything that we have been through alone. If is not now, in the hereafter, and the latter is the best place to return :)

Yours truly,

Amalina

2025

 2025 Sedikit sedikit aku melangkah malas menjejak tahun 2025. Pejam celik pejam celik, sudah masuk bulan tiga dan bulan berpuasa. Tahun 202...