Hari tu aku rasa macam nak deactivate Facebook lama-lama. Dari dulu lagi aku nak buat sebenarnya tapi sebab aku masih ada komitmen yang perlu aku on FB, so aku hold dulu niat aku nak deactivate. Bila ada satu masa yang aku dah takde komitmen, ha waktu nilah aku rasa nak lari sekejap daripada dunia maya.
Tapi bila fikir balik, bukan nak lari sangat pun. Mungkin ada sikit. Sebab macam semua orang nak flex kehidupan masing-masing je, haha aku jadi serabut. Ye lah, dengan lingkungan kawan aku pelbagai. Ada yang dari sekolah rendah, sekolah menengah, universiti apa semua yang ada dua zaman, aku rasa faham adeh penat lah. Lagi-lagi kalau jenis content cringe, hmm rasa nak hempuk-hempuk je. Betullah senior aku kata dulu umur lepas grad adalah umur meroyan yang mana semua orang macam keluar lah caption nak kahwin lah apalah. Alahai. Simpan sendiri sudahlah. Hahah. Tapi aku tak salahkan siapa-siapa pun. Aku pun pernah fasa begitu. Mungkin bagus juga mereka ada fasa begitu yang meluahkan secara terbuka, at least at the end nanti dorang kahwin la awal kan. Kalau tak, ngeh, single la, apa lagi padan muka. Muda-muda dulu taknak cari orang. Ha, kan dah outdated daripada market. Kahkah.
Oh tapikan, berbalik kepada deactivate FB tu, aku ingat aku nak melarikan diri sekejap, tapi rupanya aku tak dapat nak lari pun sebab sosial medialah dunia aku sekarang. Internet lah tempat aku lihat dunia luar. Aku rasa bukan aku je kot. Orang lain pun. Dalam fasa pandemik ni, nak keluar sangat pun tak boleh. Hmm. Atau mungkin aku boleh cuba memasak ke apa kan. Tapi entahlah mood memasak aku dah lama hilang lepas hilangnya separuh emosi aku. Percayalah, dulu aku kat UK dulu suka je masak untuk adik-adik usrah. Kadang time usrah, aku masakkan diorang carrot cake, ada je benda baru nak cuba. Nak beli barang pun senang. Otw balik kelas singgah je Lidl ke Poundland ke or Morrison beli barang nak masak. Oh I miss UK. Insha allah ada kesempatan nanti aku nak ke sana lagi. Maybe dengan suami ke. Kahkah perasan. Tapi betul apa. Hmm sapotlah sikit. Hahah.
Hahah. Aku pun taktahu lah kenapa aku tulis post ni mungkin saja nak bermonolog seorang diri. Ha, kalau terbaca jangan judge aku. Aku takde member dah sembang ni. Korang kena faham. Dulu time study year kat sini, ade lah member ajak berfikir dan berbual. Kadang-kadang aku stay overnight kat rumah diorang, pillowtalk apa semua. Sekarang ni mana nak dapat bhai. Semua orang struggle masing-masing lah. Bagi yang telah bertemu member berbual seumur hidup tu, tahniah sis ucapkan. Ah bosan la tajuk jodoh ni.
Ok kita masuk topik menyimpan kewangan pula. Serius weyh, apa perancangan kewangan korang eh (ala-ala ada orang blogwalking baca blog aku kahkah). Mungkin aku dah terlambat sikit lah nak buat perancangan kewangan. Patutnya dari umur 24 ke apa lagi kan. Tapi nak buat macam mana, hidup mesti diteruskan, yeah. Tapi alhamdulillah bila aku dapat pengecualian PTPTN hari tu, sedikit sebanyak aku rasa dah terlepas dari satu beban kewangan. Tapi perjalanan aku masih jauh weyh. Sumpah jauh. Dah ah, aku taktahulah apa akan jadi akan-akan datang ni tapi aku berharap apa yang aku rancang indirectly akan dipermudahkan. Apa yang aku rancang? Entah. Haha. Aku takde specific perancangan. Tapi aku berharap bila masa berlalu, urusan aku dipermudahkan. Nanti bulan 9, 10, 11 macam tu, aku dah ken start fikir kerja yang betul-betul. Dan aku harap waktu tu covid pun dah reda dan aku pun boleh berhijrah ke mana-mana (walaupun aku rasa kan best kalau lepas je aku habis master ni, aku boleh fikir ke fasa kehidupan seterusnya pulak kahkah). Kau tengok harapan ku menggunung tinggi. Takpelah, nanti time tu, aku cari jodoh kat portal cari jodoh ke en. Weyh, ada apa kawan aku bertemu jodoh kat situ. Ko jangan main-main. Cuma aku belum bersedia lagi lah nak all out cari sebab aku takleh ah, aku akan judgmental dengan gambar orang. Ye, aku tau, aku pun orang boleh, aa takpelah sis redo. Siapa suruh single. Hahah
Wah panjang lebar aku membebel. Sekurang-kurangnya aku rasa aku boleh berjenaka dengan diri sendiri. Penat lah buat lawak dengan diri sendiri pastu sengih ketawa senget sipi-sipi je. Dah lama tak ketawa dengan orang. Hahaha. Aku ni kelakar orangnya. Dulu waktu umur aku 20-an aku lah penceria kehidupan kawan-kawan. Tapi bila aku ditimpa sesuatu yang mendukacitakan, aku rasa aku hilang sense of humor tu, yang orang lihat hanyalah garang dan jangan diusik. Entahlah nak.
Nak membebel kat FB pun rasa macam takde siapa nak kisah dan baca. Ye lah, kau bayangkan aku tulis semua benda alah ni kat FB, maunya orang kesiankan aku. Hahah. Walaupun aku suka je orang care pasal aku, tapi, hmm apa maknanya. Tiada maknanya. Ok lah, sis raklu. Pape roger.
No comments:
Post a Comment