I have the weirdest dream ever today. Kalau sebelum ni, aku ada baca kalan cerita macam ni melalui pembacaan aku dalam verita Megat Law. Tapi kali ni aku lalui sendiri.
Dalam mimpi tadi, aku bermimpi dengan seseorang yang aku baru jumpa, dan entah macam mana, ada satu perasaan yang buat aku suka pada dia. Dia pun waktu tu confess dekat aku yang dia suka kat aku. Tapi situasi dia agak pelik sikit sebab waktu tu seperti dalam latar belakang aku dengan kawan-kawan psych aku yang lain. Ada Mimi dan yang lain (tapi yang paling clear adalah Mimi).
Dia approach aku pun actually melalui kawan aku (entah siapa, lelaki) dan dia lah yang sampaikan kat aku, si polan si polan ni suka aku. Tapi yang aku pelik, perasaan dalam mimpi tu real. Even aku sedar dan ingat sebij-sibiji emosi dalam mimpi tu. Even aku sedar yang dia hanya datang dalam mimpi.
Ada waktu ketika, aku dan dia bersembang.
“Awak cakap hari tu, takde siapa pernah sukakan awak, kan? Sekarang saya dah suka awak.” Waktu tu alu dah rasa mata ni berat. Antara terharu dan rasa dihargai.
Tapi aku tanya balik.
“Tapi awak akan selamanya ada ke? Awak ni real ke?” Sebab waktu tu aku tahu ini adalah mimpi. Waktu tu aku dah sebak.
Lepas tu dia tanya lagi,
“Kalau awak suka saya, awak akan lupakan orang yang awak tengah suka sekarang ni ke?”
Aku teragak-agak nak jawab, waktu tu, dalam minda aku memang ada satu figura yang aku tengah fikir, apakah hala tuju aku danorang tersebut. Sebab orang yang aku suka tu, mungkin hanya mainan perasaan.
“Maksud awak, macam mana. Hmm, tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi awak memang akan ada je ke?” Hati aku dah berat waktu tu. Sebab aku rasa walaupun akan ada dia dalam hidup aku, tapi rasa dan perasaan masih dengan orang tersebut.
Tiada jawapan. Dia masih layan aku macam biasa. Kami jalan-jalan sekitar kampus. Waktu tu ada semacam perasaan senang dan membahagiakan. Aku rasa satu perasaan mempunyai dan dipunyai.
Tapi sedikit demi sedikit, dia makin menjauh. Mungkin sebab dia tahu hati aku masih ada rasa terkilan kerana tak dapat bersama orang yang aku suka. Hati aku masih mempunyai orang lain.
Dan waktu tu, aku dah rasa sebak. Hati aku rasa berat. Aku mula rasa sayang tapi aku kena melepaskan sebab aku tahu dia cuma satu mainan tidur. Mata aku mula berkaca. Rasa aku mula sakit sebab semakin lama, aku tahu dia akan pergi bila-bila.
Aku terjaga. Jam 5 pagi. Dengan mata berkaca dan rasa hati yang berat. Aku istigfar panjang. Mainan tidur.
Aku bangun. Terus ke bilik air untuk ambil wudu’. Mak dah lama bangun dengan rutin harian bertahajud.
Aku solat malam. Aku istigfar panjang. Aku minta dijauhkan dengan mainan tidur ini. Waktu ini, ada satu perasaan takut dalam diri, sehingga begitu sekali aku terbuai dengan mimpi.
Aku doakan orang itu. Hati aku masih ingat orang itu. Jika dia untukku, rapatkanlah hati kami dan tunnjukkan jalan buat kami.
Usai aku solat, perasaan aku masih sebak. Memikirkan rasa terharu rasa dipunyai dan dipunyai, walau sementara. Selagi rasa itu masih ada, aku capai ipad dan keyboard, aku menulis catatatn ini, sebelum aku lupa mimpi ini, pernah wujud.