"Akak, saya ada benda nak bagitahu akak ni."
Satu mesej WhatsApp tiba-tiba muncul waktu Inara sedang leka scroll timeline Facebooknya.
"Dah kenapa pulak tiba-tiba takde angin takde ribut tiba-tiba budak ni mesej aku pulak," bisik Inara dalam hati. Memang seingat dia, dah lama dia tak bermesej sesuatu yang personal dengan individu yang dia anggap macam adik sendiri tu. Kali terakhir tak silap nada mesej yang bersifat formal. Langsung takde emosi. Bukanlah dia ketepikan silaturahim yang pernah terjalin, cumanya dia rasa masing-masing dah besar dan akhirnya akan bawa hala tuju masing-masing.
"Ye, apa tu?" Hanya sebaris mesej yang dibalas. Inara juga tiada expectation akan jawapan yang akan diterima. Mungkin sesuatu yang personal. Mungkin. Entah.
Selepas dibalas, Inara terus set kan mesej tersebut sebagai Archieve. Memang dah begitu tabiatnya. Kebelakangan ni, dia banyak Archieve mesej dan hanya meninggalkan mesej penting yang perlu di follow up. Salah satu cara untuk Self-care dan tidak terasa hati jika orang lain tidak membalas mesej. Dia juga boleh fokus dengan apa yang dia sedang lalui sekarang. Hanya ada tiga pinned message. Satu kumpulan bersama Supervisornya, satu kumpulan bersama penyelidik lain bagi geran penyelidikan dan satu lagi saved message tertera namanya sendiri untuk rekodkan hal-hal penting.
Memang seperti jangkaannya. Mesej tersebut tidak dibalas sejurus lepas tu. Bila malam menjelang, barulah satu mesej masuk dalam inbox daripada individu berkenaan.
"Kak, saya nak bagitahu, saya dah ada orang. Saya rasa nak bagi tahu juga sebab dulu saya ada pernah suruh akak tanyakan bagi pihak saya pasal seseorang ni. Tapi sebab dia melibatkan akak sebagai perantara dan dia, saya rasa akak kena tahu. Saya rasa bersalah sangat."
Inara dah agak. Ini pasti berkaitan hati dan perasaan. Memang dahulu individu itu ada minta tolong dia untuk tanyakan bagi pihak si tuan punya badan bahawa dia berminat untuk berkenalan dan dia hanya mahu tanya sama ada si dia sudah berpunya atau belum. Inaralah yang jadi orang tengah. Padahal sebelum bertanya, Inara memang sudah minta individu berkenaan untuk fikir masak-masak. Dia pun sudah tanya ibunya dan solat istikharah. Katanya. Inara tahu perkara ini bukan untuk main-main dan sebab tu bila betul dia kata dah lakukan semua tu, Inara bersetuju untuk jadi orang tengah.
Lama jugak Inara fikir ayat yang sesuai untuk dibalas. Takut tersalah kata. Takut tersilap bicara. Takut semacam terbawa emosi si tuan punya badan pula. Inara tahu, dalam hal ini, dia kena neutral. Walau rasa macam terkhianati sebab dia juga turut bertanggungjawab sebab jadi orang tengah, tapi dia tak boleh terbawa emosi.
Walau membuak-buak rasa menyampah, kenapa begitu mudah rasa bila memerlukan, dia mencari dan memberi harapan, namun apabila dia sudah dapat apa yang dicari, begitu mudah dia melupakan. Tapi Inara tak boleh bersikap judgemental. Dia tak tahu apa yang mereka dah hadapi, dan dia kena hormat keputusan orang, kalau itu memang sudah ketentuannya.
"Uu. Wow. It's okay. Mana-mana yang terbaik buat anda."
Hanya sebaris Inara membalas. Tiada unsur emosi, tiada unsur judgemental. Malas memanjangkan situasi dan mengeruhkan lagi keadaan.
"Tapi, apa yang saya perlu buat lepas ni kak?" Mungkin dia tak puas hati dengan jawapan ringkas Inara.
"Takde apa kot. Bukan ada declare apa2 pun dgn dia kan?" Inara balas balik.
Again, Inara tahu. Soalan berbalas soalan itu pasti akan ambil masa untuk dijawab. Hanya pada awal pagi, satu mesej masuk. 8 malam dibalas 5 pagi. Inara tahu sangat dengan rasa terbuku yang sampai tak tahu nak jawab apa. Tapi dia faham. Jangan judgemental.
"Haah. Takde. Just melalui akak je. Sorry sebab susahkan. Saya rasa bersalah sangat."
Inara tarik nafas. Pada saat ini, dia pun bersalah sebab dia orang tengah. Tapi apa yang dia boleh buat. Dia bukan keluarganya. Dia bukan siapa-siapa. Dia hanyalah individu asing yang datang seketika dalam kehidupan, dan pada akhirnya dia akan pergi dengan jalan yang dipilihnya.
Inara merangka ayat dalam minda. Tangan mula menaip. Dia harap apa yang disampaikannya itu, tidak menimbulkan rasa apa-apa. Walaupun jauh di sudut hati, dia tak mahu manusia menjadi semudah itu meluahkan rasa bila tak punya rasa. Rasa itu mahal, dan biarkan ia mahal. Ucap, bila hanya betul-betul untuk memaknakan.
Takyah rasa bersalah pun. It is your life. It is your decision and your direction. Because at the end of the day, you are the one who gonna face it.
But it is a lesson to learn lah. You see how some action might cause the consequence. But it is okay. Benda dah jadi. That's life. We cannot force how we feel. Sometimes we feel this and at one point, we can feel the other way. As human being, we just want to be understood and having someone that can understand us, is a blessing. Maybe that is the thing that you seek now, and when you got it, you feel fulfilled. You feel blessed. You have reached your searching and finding journey.
So, not to be worry. People come and go. That's life. If you think this is bothering you and other people, be brave to confront. If not, just leave it there as it is. Nothing is even promise in the first place with her.
You do you and may you find the eternal happiness you seek for :)
Si penerima mesej mungkin masih belum bangun tidur.
Inara hanya mampu tersenyum. Sekurang-kurangnya seorang kenalannya sudah menemui kebahagiaan.
Dia hanya ibarat sang penglipur lara, merasa bahagia dan sedih dengan kehidupan orang lain, walau pada akhirnya dia pun tak tahu macam mana susun atur ceritanya pula