Wednesday, February 10, 2021

Sudahlah

I think I realize in myself when I grow up, is that I don’t like to preach or influence people. Yes, I know, it is good to show a good example to other people, or advise each other. But the more I do it, the less unlikely that I feel it is myself. Atau mungkin saja aku sebenafrnya dah jauh daripada itu semua. Itu sebab bila nak mengatakan sesuatu yang aku tak buat jadi lebih sukar dan berat. Hmm. Entah.

Cumanya pernah satu masa dulu, aku berada dan cuba dalam kebaikan, tapi aku rasa aku belum cukup sempurna nak menjadi yang menasihatkan. Aku rasa aku masih banyak lagi lompong yang hanya aku sendiri yang tahu. Dan bila mana aku menjadi ‘budak baik’, aku rasa seperti aku dilihat sebagai orang yang sukar untuk didekati dan mungkin orang rasa aku bersikap judgemental. Tapi aku tahu, itu hanyalah sangkaan aku pada diri sendiri dan orang lain. Tapi ianya takkan menjadi sangkaan kalau bukan aku yang merasai dan menghadapi.

Bila mana aku menjadi terlalu ‘baik’ bukanlah aku tak dapat apa yang aku nak. Aku cuba merangka yang baik-baik sahaja untuk kehidupan aku. Tapi kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tetapi pada akhirnya Dia jua lah yang menentukan. Mungkin dan memang ada saja sisa-sisa dosa yang terbaki yang menjadi penghalang untuk aku dapat atau selesaikan apa yang aku impian. Tapi itu hanyalah andaian aku. Aku tetap bersangka baik pada Allah kerana segala apa yang Dia telah aturkan untukku hingga ke saat ini, pasti akan ada hikmah di sebaliknya. Hikmah yang mungkin akan muncul dalam beberapa ketika lagi, jika aku bersabar.

Memang jalan ini tak semudah seperti orang lain. Kalau orang lain boleh hadapi garis masa kehidupan yang biasa, aku terpaksa melalui garis masa kehidupan yang entah aku tak tahu macam mana nak aku gambarkan. Ada masa aku rasa akulah orang terpaling bahagia, ada masa aku rasa akulah orang paling berduka, ada masa aku tidak merasa apa-apa. Tapi itu hanya apa yang aku rasa, yang mana orang lain melihat mungkin aku sudah punya kelebihan-kelebihan yang lain, tapi aku tetap dengan rasa ketidaksempurnaan aku. Saat aku rasa aku insan paling berduka, sebenarnya orang lain jauh lagi duka daripada aku. Tak, bukan aku tak bersyukur, apatah lagi menolak segala rezeki yang telah dilimpahkurniakan padaku. Aku sangat bersyukur. Cumanya aku rasa emosi dan perasaan itu pada satu-satu masa, perlu divalidasi. Bukan untuk membandingkan dengan orang lain, tapi cukup untuk melihat dan merasa emosi yang terkesan dalam diri, untuk ada rasa kasihan pada diri, untuk rasa, perasaan dan emosi kita juga punya hati. Kita juga manusia, bukan. Sedih dan bahagia itu pasti akan silih berganti.

Pada ketika ini, aku cuba berkongsi rasa dan hati, tapi aku tak mahu terlalu meletakkan validasi perasaan pada manusia sehingga aku lupa manusia itu kan sifatnya sementara. Aku juga manusia, aku juga sementara. Walau seribu kali aku rasa ingin bercerita, seribu kali juga aku rasa cerita aku sekadar cerita rawak yang tak memberi apa-apa makna. 

Ah sudahlah.

No comments:

Post a Comment

2025

 2025 Sedikit sedikit aku melangkah malas menjejak tahun 2025. Pejam celik pejam celik, sudah masuk bulan tiga dan bulan berpuasa. Tahun 202...