2025
Sedikit sedikit aku melangkah malas menjejak tahun 2025. Pejam celik pejam celik, sudah masuk bulan tiga dan bulan berpuasa.
Tahun 2025 ini bagi aku sangat berat kerana tahun 2024 aku ingat aku bakal menutup kisah pencarianku, namun, ternyata, aku ditinggal tanpa penutup.
Hujung 2024 yang memeritkan. Mungkin salah aku, mungkin salah dia, dan mungkin juga salah keadaan. Cuma yang aku tahu, akhirnya, dia bukan yang ditakdirkan.
Tapi yang lebih menyakitkan itu apabila dia pergi tanpa kata-kata terakhir. Hilang dalam hembusan angin mungkin lebih baik menghilang daripada menyatakan, dia tidak mahukan aku lagi.
Cukup sakit kerana telah diletakkan harapan dan hati aku walaupun sudah aku uruskan jangkaanku. Dia punya pilihan. Dia berhak memilih, dan aku harus akur, aku tidak terpilih.
Sekali lagi, aku tahu, hidup ini bukan berakhir pada pencarian itu sahaja. Banyak lagi hal-hal yang bila sendiri, lebih membahagiakan.
Untuk kenal orang baru, aku terbuka. Sebab hati aku belum sepenuhnya sakit. 2 bulan sudah cukup untuk aku merawat hati yang lara. Tidak mengapa. Hati aku pernah cukup pedih dan sakit di tahun 2014. Tiada sesakit tahun ini sehingga ke hari ini yang aku rasakan bagaikan hidup semula, tapi hidup yang sekadar hidup.
Another day, another life.