Kalau Facebook, lebih kepada cerita random yang keluar melalui sponsored post atau recommended post. Masih ada juga kenalannya yang masih menggunakan medium Facebook untuk kehidupan masing-masing. Maklumlah dia dan circle kawannya itu lahir pada awal 90-an yang membesar dengan Facebook. Ada juga yang sekadar share post yang memberi inspirasi atau pun buat ayat seperenggan dua untuk menyokong cerita yang di post. Heh, dia sekarang pun begitu juga. Lebih banyak share berbanding hasilkan tulisan sendiri. Cuma satu yang dia boleh rasa, disebabkan taburan rakan di Facebooknya berbilang zaman dan umur, pelbagai kerenah yang terlihat. Kalau yang seusia, lebih banyak update perihal kerjaya dan keluarga. Bagi yang di fasa mahasiswa, rata-rata posting berkaitan aktiviti mahasiswa, isu-isu universiti dan sebagainya. Apapun, seronok dapat melihat dan berkawan dengan dua generasi berbeza.
Kalau dia Instagram, dunia kelihatan lebih indah. Semestinya di sini circle kenalan hanyalah yang dia kenal. Memang hanya diberi izin kepada mereka yang dikenali untuk di-approve follow nya. Jika tidak update di feed pun, sekurang-kurangnya dia dapat tahu juga update kenalannya melalui instagram story. Ah, dunia mereka kelihatan indah! Dan kadang diri pun tak lari untuk tunjukkan pada dunia betapa oknya kehidupan diri ini sekarang. Cuma tak siapa tahu, yang dipost hanyalah cuma untuk sekadar menjadi memori atau jurnal bergambar kehidupan untuk di-throwback pada masa akan datang. Dan apabila, posting kahwin dan kehidupan berkeluarga lalu di timeline, dia sekali lagi menukar ke aplikasi social media yang lain pula.
Twitter. Sudah lama sebenarnya dia bangunkan akaun twitter. Dalam tahun 2012. Ye lah, waktu tu zaman baru nak up semua social media nak kena ada. Tapi dia jarang gunakan aplikasi twitter sangat masa dulu. Pernah ada followers dan follow dalam kalangan kawan sekolah rendah dan menengah yang akhirnya dia buang begitu sahaja untuk memulakan satu figura yang baru. Ya, kini circle twitter nya hanya ada 4 orang rakan perempuan yang dia hanya percaya pada mereka. Dua orang strangers yang dia kenal di IRC, dua orang lagi rakan di universiti yang dia percaya tidak judgmental dengan cerita diri. Itu sahaja. Lainnya dia hanya follow akaun-akaun yang akan berikan posting neutral. Lagi jauh tahap kenalan, lagi dia rasa selamat. Medium ini juga sebenarnya buat dia update dengan kisah dunia dengan lebih cepat. Di sini, dia rasa selesa. Sebabnya sekitarnya hanya terisi dengan orang-orang asing yang dia tak perlu kisah atau iri dengan hidup mereka.
Habis semua social media dibuka. Bila mula rasa bosan, dia patah balik semula dan akhirnya cycle itu berulang kembali hari-hari. Oh lagi satu, sejak Whatsapp bangunkan feature WhatsApp story dulu, rajin jugalah dia lihat update kenalan dalam contactnya. Kadang-kadang ditegur sepatah dua, tanda dia ingin memanjangkan silaturahim. Tapi lama-lama semuanya jadi macam lebih serabut. Sudahnya, kebanyakan story dia mute, dan hanya yang dia betul-betul ingin tahu saja dia biarkan visible. Sebenarnya dia rasa, dia banyak gunakan feature WhatsApp status untuk update bila fasa-fasa tidak ada rakan untuk berbual, waktu intern lah paling terasa. Dulu dia jenis yang rajin bercerita pada kawan tentang kehidupan seharian, bertukar pendapat dan insight tentang kehidupan, dan perkara itu memberikannya rasa terisi. Cukuplah berkongsi pada yang memahami. Tapi semenjak masing-masing akan bawa haluan sendiri, waktu itu dia mula rasa terbelenggu kerana tiada sesiapa untuk dicurah rasa hati, dan akhirnya medium WhatsApp story jadi tempat meluah walaupun sekitarnya rasa sepi.
Mula-mula memang rasa macam difahami, sekurang-kurangnya dia rasa ada yang membaca dan mengambil tahu. Tapi lama kelamaan, semuanya rasa macam tak perlu untuk diceritaluahkan sebab tak semua orang pun akan rasa peduli. Hidup masih lagi sepi. Dia mula limitkan pada siapa dia mahu perkongsian itu dibaca. Sebab kadang-kadang dia hanya mahu meluah rasa, tapi tak mahu orang rasa simpati dan kasihan. Dan akhirnya, tinggal beberapa indvidu yang dia percaya dan benarkan untuk membaca perkongsian peribadinya.
Tapi itu juga masih belum memuaskan hati. Entah. Mungkin pada zaman digital seperti ini, connection dan networking semacam makin meluas. Bilangan followers dan kenalan beribu tapi akhirnya yang betul-betul memberi makna kepada diri dia hanya yang satu dua. Itu pun, yang satu dua tak mampu untuk beri rasa mutual kepada dia.
Sekali lagi dia rasa 'hilang' dan lemas dalam lautan social media.
Another day. Another week.
No comments:
Post a Comment