“Oo. Patutlah da tak cerita kat kita lagi. Jawab mesej pun nak tak nak je.”
“Err. Taklah Kak Amal. Taknaklah susahkan Kak Amal dah.”
Siapa kata bila kau bercerita tentang diri kau, kau susahkan aku? Siapa.
Bila kau bercerita, aku juga rasa boleh turut berempati, sedikit sebanyak meluah cerita diri (walau bukan semua) sebab aku yakin ada ruang selamat juga untuk aku bercerita.
Aku malah lagi rasa dihargai sebab aku ada peranan signifikan dalam hidup orang.
Tapi bila diberitahu macam tu, aku tahulah, aku cuma pilihan kedua atau alternatif bila orang mahu bercerita. Persinggahan untuk mereka meluahkan. Sampai satu masa, mereka sudah jumpa seseorang yang boleh bergantung harap, mereka pergi begitu sahaja. Meninggalkan aku dengan tanda tanya, sudahkah bahagia jiwamu? Masih larakah rasa hatimu?
Dan persoalan itu dibiar tak berjawab dengan aku hanya bersangka-sangka pada jawapan, ya, kau sudah ketemukan kebahagiaan, dan tugasku sebagai pendengar, berakhir di sini.
Maaf aku terlalu prihatin. Maaf aku terlalu sibuk mengambil tahu.
It is hurtful to care too much, when in fact, nobody care for you.
No comments:
Post a Comment