Sudah sampai masanya, dunia ini akan berputar sekitar Aku. Entah ke mana hilang rasa kebersamaan yang aku dulu agung-agungkan. Entah ke mana rasa jalan ini perlu dilalui bersama yang pernah dulu aku begitu sayang untuk dilepaskan.
Jangan tanya kenapa. Aku juga tidak mengerti. Saat diri ini cuba mencari keping-keping cebisan diri, aku hilang diri yang satu lagi. Entah itu baik atau tidak untuk aku, aku tidak mengerti.
Aku bukan salahkan pada mereka. Aku bukan salahkan pada persekitaran. Aku cuba salahkan diri sendiri yang tidak lagi punya rasa yang sama.
Buat aku yang mencari diri, ingat bahawa dunia ini tidak lama. Entah esok lusa pun belum akan pasti tiba.
No comments:
Post a Comment