Thursday, September 20, 2018

U-turn

Waktu kereta nak ke susur keluar dari hospital ke jalan besar, ada sebuah kereta buat u turn kat tengah jalan dari arah yang sama. Aku slowkan je kereta sebab jalan situ tak busy mana pun. Ada lah tu tertinggal ke apa ke.

Bila dah u turn, kereta tu bagi signal berhenti di baju jalan. Waktu tu kereta aku dah potong sebelah. Sempat aku jenguk kat cermin sisi, dah kenapa pula dia berhenti.

Rupanya kat bahu jalan tu ada dua orang jalan kaki panas terik. Seorang lelaki muda mungkin anaknya, pimpin emaknya yang macam terdengkot dengkot. Kereta tadi berhenti betul-betul sebelah dua pejalan kaki ni tadi. Lelaki tu bercakap-cakap pada pemandu kereta melalui tingkap.

Selepas beberapa ketika, lelaki tadi pimpin maknya masuk dalam kereta. 

Momen beberapa saat tu buat mata aku macam masuk habuk. Kereta aku waktu tu terus meluncur ke jalan besar. :')

#humanityrestored

No comments:

Post a Comment

2025

 2025 Sedikit sedikit aku melangkah malas menjejak tahun 2025. Pejam celik pejam celik, sudah masuk bulan tiga dan bulan berpuasa. Tahun 202...