Hari tu lepas bicara kemanusiaan tu ada dua orang macam pakcik2 jumpa aku. Mereka tanya, "Awak dari Belia Harmoni tu eh"
Aku angguk aja. Pastu pakcik tu sambung lagi, "Saya rasa selalu nampak muka awak ni. Hari tu gotong royong lah. Pastu dekat mana tah Proton City ke Behrang lah. Awak ni student UPSI ke?" Tapi tanya dengan nada mesra lah.
Aku cakap lah, "Haah student UPSI. Oh tapi memang saya orang Tg Malim pun. Dulu duduk lama kat Slim. Kat berek polis"
Pak Cik macam terkejut, "Oo. La ye ke. Siapa nama ayah kamu?" Selalu nya kalau cakap orang sini, macam tu lah soalannya. Ye lah. Bukan besar mana pun Tg Malim ni. Pusing2 ada la sangkut kenal.
"Ayah saya nama Samar."
Pakcik tu terus, "Eh, Samar band tu ke? Yang hari tu eksiden tu eh? Laaa."
"Haa. Ayah saya lah tu. Pakcik kenal ke?"
"Mana tak kenalnya. Hari tu ayah kamu eksiden, saya la tolong angkat kereta apa semua tu haa. Laa anak polis la kamu ni."
Pak cik tu sambung lagi, "Oh, ha nah ambil nombor pakcik. Kalau ada apa2 aktiviti boleh la pakcik inform. Tengok kamu ni aktif. Kita ada banyak je program nak libatkan belia tapi tu la taktahu nak hubungi siapa."
Dan aku pun bertukar nombor. Dalam hati, uih semangat pakcik ni. Tapi awal2 tadi Zakwan kata, ada pakcik ni pun mintak no dia jugak. Security kot katanya.
-----
Balik tu, aku cakap kat ayah, "Ayah, tadi adik jumpa kawan ayah kat talk ni. xxx nama dia. Jap ayah, dia SB ke?"
"Oo ye ke. Jumpa mana?" Pastu slow2 ayah jawab, "Haah dia SB. Kalau ada program dia selalu la datang."
Pastu aku rasa geli hati je. Memang wajarlah pakcik tu observant dan nampak muka aku di mana-mana. Tak sangka kerja2 aktivisme camni pun diperhatikan. Hew hew. Tapi biasalah kot, yang tak mainstream lah selalu diperhatikan. Tapi kelakarnya lagi, kenal pulak dengan ayah aku. Ahah. Jadi informer kat ayah pulak lah ni haha. "Anak ko ni Mar..." Hahah
Tapi lek je pakcik hehe. Insha allah takdanya saya nak buat pelik2. Maunya nak buat mak ayah segan. Idokle.
Kesimpulannya, saya selesa bergerak secara tak mainstream dan alternatif begini. Untuk mengendeng2 dengan orang berpengaruh ni sungguh tak reti. Let people know us for what we do but not what we want people to see in us (jawatan etc).
No comments:
Post a Comment