Disclaimer: Cerpen ni aku tulis waktu Ramadan 2019 tak silap. Sempena post di media sosial Harmoni Muallim jugak. Watak tu aku pinjam daripada seorang member yang aku adore dengan bakat dia. Aku dah dapat consent dia dah nak pinjam nama. Nah, selamat membaca!
_____
| CERPEN RAMADAN |
"Ai, lukis apa tu Luq?" Afif menyapa Luq. Entah apa la yang dilukis atas kanvas berbentuk segi empat tu.
Tangan Luq laju melakar pada kanvas berbentuk segi empat tepat. Ink acrylic warna hijau dicalit pada kanvas putih segi empat tepat 1 kaki persegi. Diselang seli dengan warna coklat. Lepas tarawikh tadi terus dia sambung melukis. Ada lukisan kena siapkan untuk hantar final assignment ni.
"Ish, ni pokok kan ni. Ada ke tanya pulak. Takde rupa pokok ke aku lukis?" Luq balas malas-malas. Tumpuan Luq terganggu sekejap.
"Bukanlah. Haha. Saja aku berbasa-basi. Modal perbualan orang kata," selamba Afif menjawab sambil mulut dah mengunyah biskut raya.
"Basa-basilah lah kau sangat," Luq buat muka.
"Ni ha, mana kau dapat biskut raya tu? Bagilah aku sikit." Afif waktu tu tengah menyunyah biskut raya. Belum raya lagi dah tinggal separuh balang dah kuih raya nya.
"Ha, nah," Afif menyua biskut semperit yang dibeli daripada Azhar siang tadi. Lepas berbuka terus dia makan. Memang rangup dan cair di mulut. Tak sempat raya pun dah habis.
Luq teruskan melakar gambar pokok. Assignment akhir ni kena buat tajuk alam. Tapi lukis atas kanvas guna acrylic. Gambar apa, terpulang. Tapi, waktu nak bentang nanti, pensyarah suruh terangkan sekali signifikan lukisan. Entah kenapa dalam banyak-banyak benda komplikated, pokok juga yang dia rasa nak lukis.
"Weyh Luq, asal kau lukis pokok eh? Bercabang-cabang pulak tu. Lepas tu sebelah segar, sebelah kering pulak tu. Cuba kau cerita sikit." Bersungguh Afif nak tahu cerita di sebalik lukisan dengan mulut masih mengunyah.
"Takde. Hari tu aku terbaca satu ayat Quran ni. Ibrahim 14:24-26. Cerita pasal pokok dan kalimah yang baik."
"Eh jap jap ayat berapa tadi?" Afif dah memanjangkan tangan ambil Quran tafsir atas meja.
"Surah Ibrahim ayat 24-26. Ha cuba kau baca sikit maksud dia."
"Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit." Sepatah-sepatah Afif baca sambil cuba hadam maksud baris demi baris.
"Ok ayat seterusnya pulak. Ayat 26 tu pun nanti kau sambung baca terus," tangan masih laju pada lakaran pokok atas kanvas tu. Dibetulkan lakaran ranting yang menjulang tinggi ke langit.
"Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)," Afif tarik nafas kejap sebelum sambung.
"Dan bandingan kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup."
Jeda. Dua-dua cuba menghadam maksud ayat.
"Luq. Relatable la ayat ni dengan lukisan pokok kau tu. Kenapa sebelum ni aku baca macam takda rasa apa-apa eh?" Afif dah boleh hadam apa maksud yang dimaksudkan dengan kaitan lukisan Luq tadi.
"Hari tu lepas aku tadabur ayat ni terus aku dapat ilham. Lepas tu, come across pasal Kalimah Toyyibah tu. Kalimah yang baik. Macam mana Allah bandingkan dengan pokok tu." Luq tarik nafas kejap.
Luq sambung lagi, "Aku pun sama weyh, sebelum ni tengok pokok macam biasa ja. Tapi bila relate balik macam mana Allah bagi perbandingan ni, fuhh. Mendalam weyh," panjang lebar Luq terangkan.
"Nice lah Luq refleksi macam ni. Aku tak sangka banyak je benda boleh kaitkan dengan apa yang tengah belajar sekarang. Semua berkaitan. Antara kita nak nampak atau tak? Kan?" Afif waktu tu dah masuk gaya pemikir. Lepas ni silap-silap teori psikologi positif Martin Seligman pulak dia masuk karang.
"Tu lah tu. Tadabur. Sebenarnya, kalau kita lihat sisi pandang yang lain, banyak je kita boleh relate ayat Quran dengan kehidupan. Hmm tapi tulah, aku pun kadang-kadang terlepas pandang jugak," Luq berhenti kejap daripada melukis.
"Eh dahlah, aku nak siapkan jap. Lagi sikit je ni ha," tumpuan Luq kembali pada kanvas putih tersebut.
"Ha, ok Luq. Nanti dah siap, bagi aku pinjam jap gambar ni. Aku nak share tadabur ni kat orang pulak. Hehe."
"Bayar lah," Luq buat muka seposen.
"Ceh, kedekut. Bukan tadi kita cakap pasal kalimah toyyibah ke?" Afif buat muka tak puas hati.
Luq sengih. Takkan lah dia taknak kasi pinjam. Sajalah sakat si Afif tu ha.
"Oh by the way, kuih semperit ni kau taknak dah kan?" Afif gelak. Terus dia pergi sambil bawak balang kuih semperit tadi.
Tengok tu, nak smash balik la tu. Luq geleng.
"Luq," Afif panggil.
"Ha, nak apa lagi?"
"Thanks, akhi."
Di hujung-hujung Ramadan ni memang teruji betul dengan tadarus dan tadabur Al-Quran. Dengan kelas, assignment lagi, exam. Tapi betullah macam Luq cakap, benda-benda kecil pun kalau kita lihat dengan perspektif berbeza, banyak benda je boleh ambil ibrah. Lagi-lagi dengan ayat Al-Quran yang memang tak lapuk ditelan zaman. Antara nak dengan tak nak je. Kan?
Gulp. Afif telan air liur.
No comments:
Post a Comment